Perundingan Halal NakHalal

Nak mohon sijil halal, tapi tak tahu nak mula dari mana?

Kami semak kesediaan bisnes anda ikut enam komponen, beritahu dengan jelas apa yang kena siapkan, dan bimbing anda sampai siap. Bukan nasihat umum — kami datang tengok premis anda sendiri.

Untuk usahawan makanan dan minuman yang serius nak mohon, dan dah penat cuba faham sendiri.

Mula dengan
Penilaian premis
Anda dapat
Pelan tindakan
Sepanjang proses
Bimbingan
Mohon semakan awal Kami balas di WhatsApp

Apa yang anda dapat

Berhenti meneka apa yang kena buat.

01

Penilaian kesediaan

Kami datang tengok premis dan proses anda, kemudian beritahu di mana bisnes anda berdiri ikut enam komponen 6P.

02

Pelan tindakan

Senarai apa yang kena siapkan, disusun ikut keutamaan. Bukan senarai panjang yang anda takkan sentuh.

03

Bimbingan sampai siap

Termasuk dokumentasi dan permohonan MyeHalal. Anda tak buat seorang diri.

Untuk siapa

Ini untuk siapa?

Sesuai untuk anda kalau

  • Anda ada produk makanan atau minuman, dan belum ada sijil halal
  • Anda dah cuba mohon sendiri tapi tergendala
  • Peruncit atau distributor dah mula tanya pasal sijil
  • Anda nak seseorang tengok premis anda dan cakap terus terang

Mungkin bukan untuk anda kalau

  • Anda dah ada sijil, cuma nak uruskan renewal sendiri.
    Itu bukan perundingan — itu sistem. Tengok NakHalal →
  • Anda nak jaminan lulus.
    Kelulusan bukan milik kami untuk dijanjikan. Yang kami boleh buat ialah pastikan anda betul-betul sedia.

Kami lebih rela beritahu awal yang kami bukan padanan untuk anda, daripada ambil kerja yang tak patut kami ambil.

Kaedah

Rangka Kerja 6P NakHalal

Halal ready bukan sekadar bahan yang halal. Ia enam komponen — dan kebanyakan bisnes kuat di sesetengah bahagian, dan langsung tak sentuh yang lain. Kami semak kesemuanya.

01PremisKebersihan, susun atur, penyimpanan, kawalan makhluk perosak dan keadaan premis.
02Produk & BahanBahan mentah, ramuan, pembekal, status halal dan dokumen sokongan.
03PemprosesanAliran proses, peralatan, pembersihan dan kawalan pencemaran.
04PekerjaTanggungjawab halal, latihan, kompetensi dan amalan kebersihan pekerja.
05Pengurusan & DokumentasiPolisi, SOP, rekod dan kawalan dokumen.
06Pengesanan & PematuhanTraceability, batch/lot, tindakan pembetulan dan recall.

Perundingan

Dikendalikan oleh Coach Ashira

Coach Ashira ialah perunding dan jurulatih halal dengan 9 tahun pengalaman membantu pengeluar makanan dan minuman mikro, restoran berangkai dan hotel bersedia untuk pensijilan halal.

Coach Ashira, perunding halal NakHalal
9 tahun
Pengalaman sebagai perunding halal
30+
Syarikat dibantu, termasuk jenama besar

Kelayakan

  • Halal Subject Matter Expert (SME)
  • Certified Halal Executive
  • HRDC Certified Trainer
  • Trainer, Malaysia International Halal Academy (MIHA)
  • MBA in Bioeconomy

FAQ

Soalan yang selalu ditanya

Berapa kosnya?

Ia bergantung pada keadaan bisnes anda sekarang dan berapa banyak yang perlu disiapkan. Sebab itu kami mula dengan semakan awal dulu — supaya kami boleh beri angka yang benar, bukan tekaan. Kami bincang terus di WhatsApp.

Confirm boleh dapat sijil halal?

Kelulusan akhir tetap dibuat oleh pihak berkuasa halal. Kami bantu anda buat persediaan dengan betul supaya lebih ready untuk permohonan dan audit. Sesiapa yang janji kelulusan, anda patut ragu.

Berapa lama prosesnya?

Bergantung pada berapa banyak yang belum siap. Ada bisnes yang tinggal dokumentasi sahaja; ada yang kena betulkan premis dan proses dulu. Semakan awal yang tentukan gambaran sebenar.

Saya boleh buat sendiri tak?

Boleh, dan ramai yang cuba. Yang selalu menyebabkan tergendala bukan niat, tapi tak tahu apa yang sebenarnya diperiksa dan dalam susunan apa. Itu yang kami bawa.

Saya baru nak mula, belum ada produk. Boleh?

Boleh. Malah lebih senang — anda belum buat apa-apa yang perlu diubah semula.

Apa yang berlaku selepas saya hantar borang?

Kami hubungi anda di WhatsApp untuk fahami keadaan bisnes anda, kemudian cadangkan langkah seterusnya. Tiada bayaran pada peringkat itu.

Mula di sini

Mohon semakan awal

Isi borang ringkas ini dan kami hubungi anda di WhatsApp. Tiada bayaran untuk perbualan pertama.

Kami hubungi anda di sini.

Pilihan — cara kedua kalau WhatsApp tak sampai.

Kami balas di WhatsApp, biasanya dalam satu hari bekerja

Terima kasih.

Maklumat anda dah sampai kepada kami. Kalau anda nak lebih cepat, tekan butang di bawah dan mesej terus — biasanya kami balas lebih pantas di situ.

Sambung di WhatsApp
Semakan awal
tanpa bayaran
Mohon